星期六, 8月 19, 2006

人力不足

人力不足不是向來如此嗎?英殖民時即是。不然大馬也不會有這麽多的非土著;也許也不會這麽有錢了。

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Utusan Malaysia / Rencana
18-Aug-2006

SEMALAM, Timbalan Menteri Kewangan meminta majikan terutama sekali dalam sektor perladangan dan pembinaan supaya mengutamakan pekerja tempatan bagi mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing yang kini berjumlah 1.8 juta.

Minggu lalu, Menteri Sumber Manusia meramalkan lebih lima juta pekerja asing akan membanjiri negara kita menjelang 2010. Ini satu angka yang menakutkan. Sekarang ini pun kita sudah menghadapi pelbagai masalah sosial serta jenayah yang membabitkan pekerja asing.

Memang benar, ada majikan yang langsung tidak memikirkan lagi untuk mengambil pekerja tempatan. Sebabnya, pekerja asing lebih murah dan mudah dapat.

Tapi hakikatnya, sudah tiada lagi orang tempatan yang mahu bekerja sebagai pembantu rumah. Menteri pun terpaksa ambil orang asing. Pekerja kedai dobi, tukang gunting, pengawal keselamatan pun penuh dengan orang asing.

Rakyat tempatan juga sudah tidak mahu bekerja sebagai buruh binaan, atendan pam minyak atau pekerja restoran.

Keadaan ini datang bersama kemajuan negara. Bukan salah majikan; bukan salah siapa. Kita kena belajar hidup dengan keadaan ini.

Awang – Mahu maju dalam selamat.

沒有留言: