摘自 2009年9月8日 馬來前鋒報 Utusan Malayu
RENCANA
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SERANGAN media dan orang awam Indonesia terhadap Malaysia sering berlaku. Ia kadang-kadang terlalu membara sehingga, dalam isu terbaru mengenai tarian Bali, ada pihak di sana yang mencadangkan supaya dilancar perang ke atas Malaysia.
Mengapa pihak di Indonesia terlalu sensitif dengan Malaysia? Apakah Malaysia ini terlalu kejam dengan mereka?
Seingat Awang, Malaysialah yang paling awal mempelawa atau menghulur bantuan bagi membantu negara itu jika berlaku sebarang musibah atau malapetaka.
Semasa tsunami 2004, Malaysia dijadikan pangkalan untuk penyaluran bantuan ke Aceh. Malah, rakyat Malaysia – sehingga ke hari ini – masih menghulurkan bantuan kepada rakyat di wilayah itu.
Bagi Awang, rakyat Indonesia khususnya di kota raya Jakarta terlalu jahil dengan perkembangan di Malaysia. Mereka hanya menerima berita-berita buruk dan sensasi mengenai hubungan dua hala.
Awang pernah bertemu dengan para wartawan Indonesia di Jakarta, ternyata banyak yang mereka tidak tahu mengenai negara ini.
Oleh itu, Awang cadangkan diadakan lebih kerap pertukaran wartawan, petugas media dan NGO antara kedua-dua negara.
Kedutaan Malaysia di Jakarta perlu proaktif dalam hal ini.
Awang – Kita serumpun.
沒有留言:
張貼留言